9-12 November 2014 : Bahagian Pengurusan Akaun Pejabat Bendahari UiTM telah mengadakan Bengkel MFRS, MPSAS AND PERS : Bridging The Gap. Bengkel ini telah diadakan di Dewan Sri Bestari , Intekma Resort & Convention Centre , Shah Alam, Selangor.

 

 

Penganjuran bengkel ini  bertujuan untuk perkongsian ilmu dan perbincangan mengenai hala tuju serta perancangan mengguna pakai amalan Perakaunan Akruan Sektor Awam di sektor Institut Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ). Penekanan yang dibuat di dalam bengkel ini adalah terhadap topik perakaunan yang berkaitan aset. Antara topik yang dibentangkan dan dibincangkan ialah :

- MPSAS vs MFRS vs PERS

- Accounting Convergence - Implementation of Principle - Based Accounting

- Topik MFRS berkaitan aset.

Semua ceramah/perbentangan yang dibuat di dalam bengkel ini adalah disampaikan oleh pensyarah-pensyarah daripadan Accounting Research Institute (ARI) UiTM iaitu Prof Dr Nafsiah Mohamad, Prof Madya Roshayani Arshad dan Prof Madya Dr Nawal Kasim.

Bengkel yang berlangsung selama 3 hari ini telah disertai oleh 53 pegawai kewangan daripada 16 IPTA termasuk Universiti Teknologi MARA (UiTM).