13 Januari 2015 - Kelab Kebajikan Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam telah menganjurkan Majlis Persaraan Staf Pejabat Bendahari. Majlis ini diadakan bagi meraikan staf-staf yang telah bersara pada tahun 2014 dan akan bersara pada awal tahun 2015. Staf-staf yang diraikan ialah , En Bustami Nasar, Puan Misrifah Kardi,Puan Noriyah Hassan, PuanSara Abu Sha,Puan Normala Nordin,Puan Masitah Aman dan Puan Zalina Sairi.

 

   

Majlis persaraan ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Sanip Wahid, Bendahari UiTM. Majlis persaraan yang diadakan di Dataran Tuanku Fauziah ini turut dimeriahkan dengan kehadiran staf-staf Pejabat Bendahari.

Pejabat Bendahari UiTM mengucapkan Terima Kasih kepada semua staf yang bersara untuk perkhidmatan cemerlang yang telah diberikan dalam sama-sama memantapkan perkhidmatan Pejabat Bendahari.