Perutusan Pentadbiran Bendahari UiTM, Tuan Haji Sanip Wahid.

Majlis Perutusan Pentadbiran Tahun 2015 telah diadakan pada 19 Mac 2015 . Majlis Perutusan Pentdbiran Tahun 2015 yang bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor telah dimulakan dengan amanat Y.Bhg. Tan Sri Dato' Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor UiTM. Selepas Y.Bhg Naib Canselor selesai menyampaikan amanat beliau mengenai Transformasi UiTM, majlis diteruskan dengan ucapan perutusan pentadbiran oleh Pendaftar UiTM Puan Azida Azmi .  Selepas selesai sahaja Pendaftar menyampaikan ucapan perutusan , Bendahari UiTM Tuan Haji Sanip Wahid telah meneruskan majlis dengan ucapan perutusan pentadbiran beliau.

                                                                      

Tuan Haji Sanip telah memulakan ucapan beliau dengan menerangkan mengenai pengwujudan sistem pengurusan kewangan UiTM yang dikemaskini sejajar dengan konsep UiTM 13 Multiversity System. Beliau juga memaklumkan bahawa akan berlaku sedikit penstrukturan baru Pejabat Bendahari berdasarkan perancangan Transformasi UiTM , dimana akan berlakunya penubuhan UiTM Induk dan UiTM Selangor.

Tuan Haji Sanip telah menyenaraikan mengenai pencapaian Pejabat Bendahari sepanjang tahun 2014.

Antara pencapaian terbaik Pejabat Bendahari pada tahun 2014 ialah :

  1. Memperolehi Sijil Audit Bersih selama 14 tahun berturut-turut sejak tahun 2000.
  2. Memperolehi pencapaian 4 bintang- kategori Sangat Baik dalam Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti.

Kelestarian Kewangan adalah antara perkara yang diberi penekanan oleh Tuan Haji Sanip dalam ucapannya. Dua strategi yang digariskan oleh beliau dalam mencapai Kelestarian Kewangan universiti ialah :

  1. Penjimatan kos
  2. Penjanaan Pendapatan.

Sebelum mengakhiri ucapan beliau, Tuan Haji Sanip telah menyenaraikan beberapa isu audit bagi perkongsian bersama dengan warga UiTM. Ini diharap akan menjadi panduan kepada semua pihak dalam meningkatkan kredibiliti pengurusan kewangan universiti pada masa akan datang.