9-12 November 2014, Bahagian Pengurusan Akaun Pejabat Bendahari UiTM telah mengadakan Bengkel MFRS, MPSAS AND PERS : Bridging The Gap. Bengkel ini telah diadakan di Dewan Sri Bestari , Intekma Resort & Convention Centre , Shah Alam, Selangor.


Penganjuran bengkel ini telah adalah bertujuan untuk perkongsian ilmu dan perbincangan mengenai hala tuju serta perancangan mengguna pakai amalan Perakaunan Akruan Sektor Awam di sektor Institut Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ). Penekanan yang dibuat di dalam bengkel ini adalah terhadap topik perakaunan yang berkaitan aset. Antara topik yang dibentangkan dan dibincangkan ialah :

- MPSAS vs MFRS vs PERS

- Accounting Convergence - Implementation of Principle - Based Accounting

- Topik MFRS berkaitan aset.

Semua ceramah/perbentangan yang dibuat di dalam bengkel ini adalah disampaikan oleh pensyarah-pensyarah daripadan Accounting Research Institute (ARI) UiTM iaitu Prof Dr Nafsiah Mohamad, Prof Madya Roshayani Arshad dan Prof Madya Dr Nawal Kasim.

Bengkel yang berlangsung selama 3 hari ini telah disertai oleh 53 pegawai kewangan daripada 16 IPTA terasuk Universiti Teknologi MARA (UiTM).