Pada 16 April 2015, Jawatankuasa Integriti Pejabat Bendahari telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kuala Lumpur. Lawatan separuh hari ini dianggotai seramai 17 orang pegawai daripada Pejabat Bendahari dan diketuai oleh Tn Hj Abdul Aziz Haji Ramli, Ketua Timbalan Bendahari.

          

Lawatan ini bertujuan berkongsi ilmu dan pengalaman dari segi operasi Pengurusan Kewangan MAIWP yang memperolehi penarafan 4 Bintang bagi Audit Indeks Akauntabiliti pada tahun 2011-2013 dan memperoleh Sijil Audit Bersih selama 8 tahun berturut-turut.

Antara objektif lawatan ini dianjurkan adalah untuk:
i) Mempelajari ciri-ciri Sistem Pengurusan Kewangan MAIWP.
ii) Memberi pendedahan tentang amalan terbaik untuk diterimapakai.
iii) Mencari idea dan berkongsi pengalaman untuk pengurusankewangan terbaik.
iv) Membantu UiTM mencapai Indeks tertinggi bagi Audit Akauntabiliti seterusnya.

Lawatan dimulai dengan ucapan aluan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, YBhg. Datuk Haji Zainal Abidin bin Jaffar. Seterusnya,Puan Noor  Fadzilah Shafie, Timbalan Pengurus Bahagian Kewangan dan Encik Mohd Fauzi Abidin, Pengurus Bahagian  Khidmat Pengurusan menyampaikan taklimat mengenai pengurusan organisasi, kewangan, aset dan perolehan MAIWP. 

Selepas sesi taklimat ,peserta rombongan telah dibawa melawat ke ruang kerja Bahagian Kewangan MAIWP.