STRUKTUR PEJABAT BENDAHARI

Pejabat Bendahari, Universiti Teknologi MARA Shah Alam merupakan nadi utama dalam Pengurusan Kewangan universiti. Ianya ditubuhkan berdasarkan kepada:

  • Keperluan perundangan
  • Perkhidmatan   
  • Pembangunan dan Pengurusan Sumber   
  • KawalanPenilaian Prestasi

Pengurusan Pejabat Bendahari di bahagikan seperti berikut:

  • Bahagian Pengurusan Perancangan dan Belanjawan
  • Bahagian Gaji dan Kemudahan Staf
  • Bahagian Pengurusan Akaun dan Sistem
  • Bahagian Pengurusan Perolehan
  • Bahagian Pengurusan Harta Benda
  • Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti
  • Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar
  • Bahagian Pengurusan Kewangan Korporat
  • Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Kualiti
  • Bahagian Akaun Amanah, Penyelidikan dan Perundingan
  • Bahagian Kewangan Zon
  • Pengurusan Kewangan UiTM Negeri

Fungsi Pejabat Bendahari

Pengurusan kewangan universiti terbahagi kepada 3 fungsi utama iaitu:

  • Penentuan skop dan dasar pengurusan kewangan perancangan dan belanjawan, perakaunan, pengurusan rekod dan menyediakan perkhidmatan kewangan utama.
  • Penyediaan garis panduan dan prosedur akta, arahan dan piawaian yang sedang berkuatkuasa.
  • Penyediaan struktur organisasi dan kawalan-kawalan kewangan yang berkesan dan berakauntabiliti.