Berita Terkini

LATAR BELAKANG

Kerajaan telah mengumumkan bayaran bantuan RM200 kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan setara melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) .
Pemberian bantuan kewangan one-off ini adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelajar.
 

KLIK SINI -->>> SOALAN LAZIM - BANTUAN ONEOFF RM200 PELAJAR IPT MELALUI PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT<<<-- 


PROSES PEMBAYARAN RM200 OLEH UiTM KEPADA PELAJAR 

1) UiTM akan mula proses pembayaran kepada pelajar setelah peruntukan diterima daripada Kementerian selewat-lewatnya pada 10 Mei 2020.

2) Tarikh akhir bagi pelajar mengemaskini nombor akaun bank di portal pelajar TELAH DILANJUTKAN sehingga 20 APRIL 2020 (ISNIN).

3) Oleh yang demikian, pelajar adalah diminta untuk memastikan nombor akaun dikemaskini di portal pelajar (fineportal) selewat-lewatnya
sebelum 20 April 2020 (ISNIN)* (TARIKH BAHARU). 

4) Kegagalan pelajar untuk memastikan nombor akaun telah dikemaskini di portal pelajar (fineportal) akan menyebabkan bayaran TIDAK dapat disalurkan kepada pelajar. 


TATACARA KEMASKINI NO. AKAUN PELAJAR DI PORTAL (FINEPORTAL)


images/pelajar/tatacarakemaskiniakaun12042020.jpg




TATACARA SEMAKAN BAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL RM200 DI PORTAL (FINEPORTAL) *(TERKINI)

images/pelajar/semakanbayaranbpn200.png

Sumber: images/pelajar/pekelilingbil11tahun2020.pdf 

Syarat Umum Permohonan

Permohonan ini terbuka kepada semua pelajar UiTM yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:


a) sedang mengikuti pengajian dan berstatus aktif pada Sesi II 2019/2020 bagi pengajian Kursus Profesional, Pra Diploma, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan PhD;

b) bukan pelajar ePJJ atau Program Pembelajaran Fleksibel; dan

c) pendapatan kasar bulanan keluarga RM4,000.00 dan ke bawah ketika memohon.


Kaedah Mengisi Borang Permohonan

1) Permohonan boleh dibuat melalui Portal eHEP di laman web https://istudent.uitm.edu.my/ bermula dari 4 April 2020 hingga 19 Mei 2020.
2) Pelajar perlu memastikan nombor akaun bank telah dikemas kini (menerusi i-Student Portal) dan segala maklumat yang diberi adalah tepat untuk tujuan pemprosesan borang permohonan.


Penafian 

Pelajar hendaklah memberikan maklumat yang tepat dan benar semasa membuat permohonan bagi tujuan bantuan kewangan ini. Pelajar diingatkan bahawa bantuan kewangan ini adalah bagi kemudahan pembelian data internet bagi pelajar dalam kalangan B40 untuk kegunaan pembelajaran secara dalam talian sepanjang tempoh PKP.

Sekiranya didapati sebaliknya, pihak Universiti berhak untuk menarik balik bantuan kewangan yang telah diluluskan dan pelajar boleh dikenakan tindakan mengikut perundangan yang terpakai di UiTM

Tatacara Permohonan 

images/pelajar/tatacarapermohonan.jpg

Tatacara Semakan Bayaran


images/pelajar/tatacarasemakan.jpg



Tatacara Kemaskini No Akaun Bank

images/pelajar/tatacarakemaskiniakaun12042020.jpg
Pelajar mod Sepenuh Masa Lebih Tempoh (SML) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda perlu membuat pendaftaran dan penjanaan bil secara atas talian di Student Portal.

Pelajar perlu menjana bil dengan menekan butang “confirm & generate” selepas memuktamadkan jumlah subjek yang didaftarkan. Sebarang perubahan selepas menekan butang tersebut tidak akan mengubah bil pelajar. Pastikan subjek yang didaftarkan adalah muktamad sebelum penjanaan dilakukan.
 
Butang hendaklah ditekan sebelum @ pada tarikh akhir pendaftaran subjek.

Bil akan dipaparkan dalam tempoh 24 jam selepas penjanaan dilakukan.

**kegagalan pelajar menekan butang tersebut akan menyebabkan bil tidak dapat dijana dan seterusnya digugur taraf kerana bayaran tidak dilaksanakan lantaran ketiadaan bil.





images/pelajar/Tarikhakhirbayarancovid10latest.jpg


images/pelajar/kalenderakademikcovid19latest.jpg

Makluman: Pindaan Kalendar Akademik Sesi II 2019/2020


Susulan dari Pengawalan Wabak COVID19 yang dinyatakan dalam Pekeliling Naib Canselor Bil 6/2020, Kalendar Akademik Sesi II 2019/2020 (Disember2019/Mac 2020) boleh dicapai di https://hea.uitm.edu.my/v3/downloads/calendars/academic/COVID-19%20-%20PINDAAN%20AKTIVITI%20PENDAFTARAN%20KURSUS%20DAN%20YURAN%2020202%20B.pdf



Dikeluarkan oleh :
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
17 APRIL 2020

 
images/pelajar/IklanSKP121119.jpg 




Sila muat turun Iklan dan Borang pada link berikut: Iklan Dan Borang SKP

PEMAKLUMAN KEPADA PELAJAR KUMP B SESI 20192

Bagi memberi laluan kepada pelajar yang menghadapi kesukaran membuat bayaran secara atas talian, tarikh akhir bayaran bagi pelajar yang memohon Rayuan Pembatalan Gugur Taraf (RPGT) dilanjutkan dari 24 April 2019 kepada 30 April 2019 manakala tarikh gugur taraf muktamad dilanjutkan dari 27 April 2019 kepada 5 Mei 2019.

Pihak kami sedang sedaya upaya memperbuat pembaikan teknikal ke atas menu bayaran atas talian dan InsyaAllah dijangka dapat digunakan pada awal minggu hadapan.

Mohon maaf atas kesulitan yang timbul. Kerjasama semua amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Informasi & Pautan Pelajar

Jabatan Pengurusan Kewangan Pelajar,
Aras 3, Bangunan Budisiswa HEP,
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor.

Sebarang pertanyaan bolehlah dibuat terus melalui:

  1. Emel kami  atau
  2. Post pada laman socmed kami
    Facebook : JABATAN PENGURUSAN KEWANGAN PELAJAR UiTM ; atau
  3. Talian bantuan : 03-5544 3441 / 3340