PEMAKLUMAN KEPADA PELAJAR KUMP B SESI 20192

Bagi memberi laluan kepada pelajar yang menghadapi kesukaran membuat bayaran secara atas talian, tarikh akhir bayaran bagi pelajar yang memohon Rayuan Pembatalan Gugur Taraf (RPGT) dilanjutkan dari 24 April 2019 kepada 30 April 2019 manakala tarikh gugur taraf muktamad dilanjutkan dari 27 April 2019 kepada 5 Mei 2019.

Pihak kami sedang sedaya upaya memperbuat pembaikan teknikal ke atas menu bayaran atas talian dan InsyaAllah dijangka dapat digunakan pada awal minggu hadapan.

Mohon maaf atas kesulitan yang timbul. Kerjasama semua amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Informasi & Pautan Pelajar

Jabatan Pengurusan Kewangan Pelajar,
Aras 3, Bangunan Budisiswa HEP,
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor.

Sebarang pertanyaan bolehlah dibuat terus melalui:

  1. Emel kami  atau
  2. Post pada laman socmed kami
    Facebook : JABATAN PENGURUSAN KEWANGAN PELAJAR UiTM ; atau
  3. Talian bantuan : 03-5544 3441 / 3340