Sumber: images/pelajar/pekelilingbil11tahun2020.pdf 

Syarat Umum Permohonan

Permohonan ini terbuka kepada semua pelajar UiTM yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:


a) sedang mengikuti pengajian dan berstatus aktif pada Sesi II 2019/2020 bagi pengajian Kursus Profesional, Pra Diploma, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan PhD;

b) bukan pelajar ePJJ atau Program Pembelajaran Fleksibel; dan

c) pendapatan kasar bulanan keluarga RM4,000.00 dan ke bawah ketika memohon.


Kaedah Mengisi Borang Permohonan

1) Permohonan boleh dibuat melalui Portal eHEP di laman web https://istudent.uitm.edu.my/ bermula dari 4 April 2020 hingga 19 Mei 2020.
2) Pelajar perlu memastikan nombor akaun bank telah dikemas kini (menerusi i-Student Portal) dan segala maklumat yang diberi adalah tepat untuk tujuan pemprosesan borang permohonan.


Penafian 

Pelajar hendaklah memberikan maklumat yang tepat dan benar semasa membuat permohonan bagi tujuan bantuan kewangan ini. Pelajar diingatkan bahawa bantuan kewangan ini adalah bagi kemudahan pembelian data internet bagi pelajar dalam kalangan B40 untuk kegunaan pembelajaran secara dalam talian sepanjang tempoh PKP.

Sekiranya didapati sebaliknya, pihak Universiti berhak untuk menarik balik bantuan kewangan yang telah diluluskan dan pelajar boleh dikenakan tindakan mengikut perundangan yang terpakai di UiTM

Tatacara Permohonan 

images/pelajar/tatacarapermohonan.jpg

Tatacara Semakan Bayaran


images/pelajar/tatacarasemakan.jpg



Tatacara Kemaskini No Akaun Bank

images/pelajar/tatacarakemaskiniakaun12042020.jpg

Informasi & Pautan Pelajar

Jabatan Pengurusan Kewangan Pelajar,
Aras 3, Bangunan Budisiswa HEP,
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor.

Sebarang pertanyaan bolehlah dibuat terus melalui:

  1. Emel kami  atau
  2. Post pada laman socmed kami
    Facebook : JABATAN PENGURUSAN KEWANGAN PELAJAR UiTM ; atau
  3. Talian bantuan : 03-5544 3441 / 3340