Kad Prihatin Siswa adalah merupakan satu inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama-sama Universiti Awam di Malaysia dan bank RHB bagi melaksanakan inisiatif penjimatan kewangan, cashless campussmart campus, identiti siswa dan mewujudkan ekosistem kewangan yang lebih baik kepada siswa, pengurusan universiti, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN) dan KPT.


Objektif
  • Memperkasa dan mempelbagaikan fungsi kad matrik pelajar IPT.

  • Memudahkan penyaluran peruntukan atau bantuan terus kepada akaun pelajar.

  • Transformasi ekosistem transaksi kewangan di IPT ke arah cashless kampus.

  • Menyeragamkan kemudahan atau fasiliti dan tawaran/ keistimewaan/ ganjaran/ promosi kepada pelajar IPT.



Faedah

i. Akaun Simpanan-i Pro adalah akaun khas yang diwujudkan oleh pihak bank RHB di bawah inisiatif Kad Prihatin Siswa.

ii. Tiada caj yang dikenakan ke atas pelajar UiTM bagi pembukaan akaun ini dan ianya adalah secara percuma.

iii. Akaun Simpanan-i Pro akan ditamatkan selepas tidak lagi menjadi pelajar UiTM. Akaun tersebut akan ditukarkan ke akaun simpanan normal RHB (nombor akaun dikekalkan) dan pelajar perlu menggantikan Kad Prihatin Siswa (yang tidak aktif) di cawangan bank RHB yang berdekatan dengan kad debit RHB yang baharu.

iv. Tiada yuran tahunan ke atas akaun Simpanan-i Pro yang dikenakan oleh pihak bank RHB ke atas pelajar sepanjang pengajian di UiTM.