PERHATIAN!!
Saudara / saudari pelajar yang dihormati,
Seperti yang saudara / saudari sedia maklum, keputusan peperiksaan sesi 20214 (Sesi I 2021 / 2022) boleh disemak bermula 15 Mac 2022.
Bermulanya sesi 20222 (Sesi II 2021 / 2022), bil pengajian yang baru, dijadualkan akan dijana mulai 22 Mac 2022 ini.
Sehubungan dengan penjanaan bil tersebut, pelajar tidak akan dapat lagi menyemak keputusan peperiksaan.
Dengan itu, sila pastikan semakan keputusan peperiksaan bagi sesi 20214 (Sesi I 2021 / 2022) dibuat dalam tempoh 15 Mac 2022 hingga 21 Mac 2022, bagi mengelakkan keputusan peperiksaan tidak dapat disemak.
Keprihatinan saudara / saudari amatlah kami hargai.
Terima kasih.