KELONGGARAN BAYARAN SESI MAC-OGOS 2022 / SESI AKADEMIK II 2021/2022 (20222)
Majlis Eksekutif Universiti (MEU) telah bersetuju memberi kelonggaran bayaran yuran pengajian dengan membenarkan penangguhan bayaran bagi sesi II 2021/2022 (20222).
Pelajar TIDAK PERLU membuat permohonan bagi tujuan penangguhan bayaran yuran. Penangguhan bayaran akan diberi secara automatik kepada pelajar yang belum membuat bayaran selepas 18 April 2022.
Nota: Yuran bagi sesi II 2021/2022 (20222) boleh dijelaskan selewat-lewatnya pada 27 Ogos 2022.
Sekian, terima kasih