APAKAH PRASARANA KEKUNCI AWAM - PUBLIC KEY INFRASTRUCTURE (PKI)?

Prasarana Kekunci Awam (PKI) adalah gabungan perisian, teknologi penyulitan dan perkhidmatan yang membolehkan organisasi melindungi keselamatan komunikasi dan transaksi urus niaga dalam internet. (terjemahan dari MyMIS,2002). Dalam kriptografi, PKI adalah sesuatu yang mengikat kekunci awam dengan identiti pengguna masing-masing dengan cara Pihak Berkuasa Pensijilan (CA) mengeluarkan Sijil Digital.

APAKAH SIJIL DIGITAL?

Sijil Digital, juga dikenali sebagai Digital ID ini, merupakan pelengkap elektronik untuk kad pengenalan, lesen memandu, pasport atau kad keahlian. Sijil Digital boleh dikemukakan secara elektronik untuk membuktikan identiti anda atau hak anda untuk mengakses maklumat atau perkhidmatan online. Sijil Digital  mengikat identiti kepada Prasarana Kekunci Awam (PKI) yang boleh digunakan untuk menyulitkan dan menandatangani maklumat digital anda. Sijil Digital membolehkan individu dan organisasi untuk menguruskan  perniagaan dan peribadi secara telus.

APAKAH YANG ADA DI DALAM SIJIL DIGITAL?

Sijil Digital mengandungi Prasarana Kekunci Awam (PKI) iaitu nama pemilik, tarikh luput, nama Pihak Berkuasa Persijilan (CA) yang mengeluarkan Sijil Digital, nombor PIN, dan mungkin beberapa maklumat lain.

BAGAIMANA SAYA BOLEH MENDAPATKAN SIJIL DIGITAL?

Anda boleh mendapatkan Sijil Digital melalui UiTM dengan melayari laman web https://myepplus.uitm.edu.my/ep/login untuk berdaftar sebagai Vendor UiTM terlebih dahulu.

Setelah selesai berdaftar dengan UiTM, sila klik pada icon BANTUAN di laman PEMBEKAL atau klik pautan https://myfinancial.uitm.edu.my/new/images/pembekal/bantuanlatihan/1. User Manual Terimaan Hasil – Pembelian PKI.pdf  untuk mengetahui tatacara pembelian PKI secara atas talian.

* Nota: Proses hanya akan bermula apabila semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap dan pembayaran selesai.

BERAPA LAMAKAH MASA DIPERLUKAN UNTUK PENGAKTIFAN SIJIL DIGITAL?

Permohonan anda untuk pengaktifan Sijil Digital akan disemak dan Sijil Digital akan dikeluarkan di dalam masa 3 hari waktu bekerja Wilayah Persekutuan. Anda akan menerima emel sekiranya tiada sebarang masalah semasa permohonan pengaktifan.

MENGAPA SAYA MEMERLUKAN SIJIL DIGITAL?

Potensi peluang perniagaan dan kemudahan perkhidmatan pelanggan yang ditawarkan oleh Internet secara atas talian adalah sangat luar biasa. Dari transaksi pembayaran bil utiliti,  perbankan, perumahan sehingga ke membeli-belah secara atas talian terus semakin meningkat dan menyebabkan keselamatan maklumat peribadi masih membimbangkan.

Justeru, kawalan akses melalui penggunaan imej keselamatan yang dikenali, kata laluan, sebagai tambahan kepada entiti tersebut, Sijil Digital, adalah yang paling selamat.

Realiti sekarang, semakin banyak syarikat yang menjalankan perniagaan di Internet telah menyedarkan mereka dan menghendaki penggunaan Sijil Digital oleh pelanggan mereka.

Walau bagaimanapun, ia bukan hanya pengguna dalam talian yang akan perlukan Sijil Digital, perniagaan yang beroperasi secara perdagangan elektronik atas talian juga memerlukan Sijil Digital.

Disebabkan pengesahan identiti yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Pensijilan (CA) sebelum pengeluaran Sijil Digital, telah mengesahkan integriti perniagaan, sekali gus menyediakan pengguna atas talian dengan jaminan bahawa mereka berurusan dengan perniagaan yang sah. 

APAKAH KEBAIKAN PEMILIKAN SIJIL DIGITAL?

Kebaikan pemilikan Sijil Digital adalah seperti berikut:

  • Memastikan privasi individu/organisasi -- Melindungi maklumat dari pemintasan semasa transaksi
  • Pengesahan Pengenalan -- Membenarkan pengguna individu, organisasi dan pengendali laman web untuk mengesahkan identiti antara satu sama lain
  • Pengesahan Integriti -- Memastikan mesej atau dokumen tidak diubah atau rosak.
  • Sokongan untuk yang bukan penolakan -- Mengesahkan identiti pengguna, mengelakkan pengguna menyangkal tandatangan digital yang telah dilakukan
  • Bukti penghantaran dokumen (perekodan masa) -- organisasi perlu menggunakan masa bebas setem yang berkuasa untuk mengesahkan tarikh dan masa mesej penting untuk kegunaan undang-undang dan komersial.
  • Arkib Dokumen -- organisasi perlu menggunakan sijil digital untuk mengesahkan bahawa mesej yang disimpan tidak diubah dan untuk menyediakan akses dikawal kepada individu yang diberi kuasa.
  • Penyertaan Tanpa Had -- Syarikat anda boleh menyertai perolehan UiTM tanpa had mengikut kelayakan bidang/lesen yang dimiliki *tanpa sebarang caj pembelian dokumen tawaran seperti praktik manual yang lazim. *(Tidak termasuk dokumen seperti lukisan pelan dan yang berkaitan dengannya)   

SAYA MEMPUNYAI MASALAH BERHUBUNG PEMILIKAN PKI. SIAPA SAYA PERLU HUBUNGI?

Sila klik ikon BANTUAN untuk manual pengguna pemilikan PKI. Sekiranya terdapat permasalahan, anda bolehlah menghubungi DigiPost di talian 03 8800 8008.