Berita Terkini

26 - 29 Ogos 2019 Minggu Integriti Pejabat Bendahari UiTM, telah diadakan di Bilik Latihan 1, Jabatan Pengurusan Perolehan & Aset di Pejabat Bendahari UiTM dan Majlis penyampaian hadiah telah dijalankan di Masjid Tuanku Mizan, Universiti Teknologi Mara Shah Alam. Program ini merupakan aktiviti berkonsepkan pertandingan diantara staf Pejabat Bendahari di setiap Jabatan, Unit Kewangan Zon dan Pejabat Bendahari Kampus Cawangan Negeri Selangor. Antara pertandingan yang di anjurkan adalah Pertandingan Penulisan Artikel Integriti, Pertandingan Kuiz Integriti pada 26 Ogos 2019, Pertandingan Berpantun Integriti pada 27 Ogos2019, Pertandingan Pengucapan Awam Integriti pada 28 Ogos 2019 dan Ceramah Integriti dan Majlis Penyampaian hadiah pada 29 Ogos 2019, yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Integriti Pejabat Bendahari UiTM.

Dengan mengadakan program ini, staf di Pejabat Bendahari telah mendapat pendedahan pengetahuan berkenaan sistem kewangan, prosedur dan maklumat-maklumat penting yang perlu ada pada setiap staf Pejabat Bendahari. Hampir keseluruhan staf Pejabat Bendahari di Shah Alam dan Selangor telah menyertai serta terlibat dalam menjayakan program ini. 

Program ini diadakan semula setelah hampir 10 tahun kali terakhirnya pada tahun 2009 - 2010. Selain itu juga, mencungkil bakat dan melahirkan bakat-bakat baharu daripada kalangan staf Pejabat Bendahari dapat diadakan, program-program sebegini dapat menambahkan dan menaikkan motivasi serta memupuk keyakinan kepada semua staf untuk tampil kehadapan. 

Tahniah kepada peserta yang berjaya mendapat tempat. Maklumat keputusan kemenangan adalah seperti berikut:

Pertandingan Penulisan:
Johan: Pn. Rahimah Lati (Unit Kewangan Zon 4)
Naib Johan: En. Samsuddin Mohd Amin (Kampus Kota Kinabalu, Sabah)
Ketiga: Nurkamarusyani Mohd Zain (Kampus Raub, Pahang)

Pertandingan Kuiz:
Johan: En. Abdul Halim Mat & Pn. Nadia Aini Ariffin (Jabatan Pengurusan Kewangan Pembangunan dan Fasiliti)
Naib Johan: En. Ahmad Basory Samsury & Pn. Bazanariah Hj. Baharum (Jabatan Pengurusan Akaun Amanah) 
Ketiga: Pn. Nurhayati Ibrahim & Suzana Adanan (Kampus Puncak Alam, Selangor)

Pertandingan Berpantun:
Johan: Pn. Noor Maslinda Md Zain & Pn. Sumasni Sulaiman (Jabatan Pengurusan Akaun dan Sistem Kewangan)
Naib Johan: Cik Siti Helwana Yusri & Pn. Khairunisa Yazid (Jabatan Dasar dan Kewangan Ibu Pejabat) 
Ketiga: Pn. Nordazarina Daud & Zety Afza Mohd Zin (Jabatan Gaji dan Kewangan Staf / Unit Kewangan Zon 2)

Pertandingan Pengucapan Awam:
Johan: Cik Siti Helwana Yusri (Jabatan Dasar dan Kewangan Ibu Pejabat)
Naib Johan: Pn. Nur Hazimin Abd. Wahab (Jabatan Pengurusan Perolehan dan Aset)
Ketiga: Pn. Najihan Sadali @ Talib (Jabatan Pengurusan Akaun dan Sistem Kewangan)


Staf Pejabat Bendahari yang terlibat melebihi 150 orang bagi pertandingan ini keseluruhannya. Kepada peserta yang tidak berjaya semoga tidak berputus asa dan akan mencuba di tahun-tahun akan datang. Terima kasih kepada semua yang telah terlibat bagi menjayakan program ini dan kehadiran staf yang terlibat.

Sila Klik di tarikh bengkel untuk melihat gambar
12 April 2018Bengkel 'Job Description / JD' HR2U Pejabat Bendahari telah diadakan di Bilik Latihan 2, Jabatan Pengurusan Perolehan & Aset di Pejabat Bendahari UiTM, Universiti Teknologi Mara Shah Alam. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Jabatan Dasar & Kewangan Ibu Pejabat oleh Cik Siti Helwana dan staf. 

Dengan mengadakan bengkel ini, staf di Pejabat Bendahari mendapat pendedahan maklumat tatacara dan panduan untuk mengisi SKT tahunan secara online. Hampir keseluruhan staf Pejabat Bendahari di Shah Alam dari kumpulan pelaksana sehingga kumpulan pengurusan. 

Bengkel ini diadakan secara berperingkat dan dipecahkan mengikut beberapa kumpulan yang telah ditetapkan. Bengkel bermula dari 21hb Mac 2018 untuk kumpulan 1, 30hb Mac 2018 untuk kumpulan 2, 4hb April 2018 pagi untuk kumpulan 3 & 4hb April 2018 petang untuk kumpulan 4, 10 April 2018 untuk kumpulan 5 dan telah berakhir pada 12 April 2018 untuk kumpulan 6.

Kehadiran peserta melebihi 45 orang staf Pejabat Bendahari bagi setiap sesi. Terima kasih kepada semua yang telah terlibat menjayakan bengkel ini dan kehadiran staf yang terlibat.

Sila Klik di tarikh bengkel untuk melihat gambar
6 Mei 2017 - Pejabat Bendahari UiTM telah menyertai Karnival Sukan Jabatan Bendahari UA 2017 Siri 2. Karnival sukan ini juga turut disertai beberapa UA seperti UKM, PPUKM, UiTM, UPM & UIA.

Pada 16 April 2015, Jawatankuasa Integriti Pejabat Bendahari telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kuala Lumpur. Lawatan separuh hari ini dianggotai seramai 17 orang pegawai daripada Pejabat Bendahari dan diketuai oleh Tn Hj Abdul Aziz Haji Ramli, Ketua Timbalan Bendahari.

25 Mei 2017 - Majlis Solat Dhuha, bacaan surah Yaasin, Tahlil dan Tazkirah telah diadakan di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, Universiti Teknologi Mara Shah Alam. Majlis ini telah dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Pejabat Bendahari.

Dengan mengadakan majlis-majlis agama seperti ini, dapat menerapkan staf menjadi seorang insan yang berjaya dilandasan agama selain itu juga dapat merapatkan silaturahim diantara staf Pejabat Bendahari.

Anggaran kehadiran peserta melebihi 100 orang staf Pejabat Bendahari. Terima kasih kepada semua yang telah terlibat menjayakan program ini dan kehadiran semua staf.

Sila Klik disini untuk album Facebook

29 Mac 2017 - Dr. Hj. Mohd Anuar Mazuki, Bendahari Universiti Teknologi MARA telah menerima kunjungan daripada Pn. Haliza Harun, Bendahari Universiti Malaya. Bendahari UiTM mengucapkan ribuan terima kasih di atas kunjungan beliau di Pejabat Bendahari, Aras 3, Bangunan Canseleri UiTM, Shah Alam. Dengan kehadiran beliau banyak perkongsian dapat diterima berkenaan sistem kewangan dan hala tuju kewangan Universiti dalam pemantapan kewangan Universiti di masa-masa akan datang. Terima kasih diucapkan kepada Pn. Haliza Harun.

Perutusan Pentadbiran Bendahari UiTM, Tuan Haji Sanip Wahid.

Majlis Perutusan Pentadbiran Tahun 2015 telah diadakan pada 19 Mac 2015 . Majlis Perutusan Pentdbiran Tahun 2015 yang bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor telah dimulakan dengan amanat Y.Bhg. Tan Sri Dato' Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor UiTM. Selepas Y.Bhg Naib Canselor selesai menyampaikan amanat beliau mengenai Transformasi UiTM, majlis diteruskan dengan ucapan perutusan pentadbiran oleh Pendaftar UiTM Puan Azida Azmi .  Selepas selesai sahaja Pendaftar menyampaikan ucapan perutusan , Bendahari UiTM Tuan Haji Sanip Wahid telah meneruskan majlis dengan ucapan perutusan pentadbiran beliau.

                                                                      

Tuan Haji Sanip telah memulakan ucapan beliau dengan menerangkan mengenai pengwujudan sistem pengurusan kewangan UiTM yang dikemaskini sejajar dengan konsep UiTM 13 Multiversity System. Beliau juga memaklumkan bahawa akan berlaku sedikit penstrukturan baru Pejabat Bendahari berdasarkan perancangan Transformasi UiTM , dimana akan berlakunya penubuhan UiTM Induk dan UiTM Selangor.

Tuan Haji Sanip telah menyenaraikan mengenai pencapaian Pejabat Bendahari sepanjang tahun 2014.

Antara pencapaian terbaik Pejabat Bendahari pada tahun 2014 ialah :

  1. Memperolehi Sijil Audit Bersih selama 14 tahun berturut-turut sejak tahun 2000.
  2. Memperolehi pencapaian 4 bintang- kategori Sangat Baik dalam Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti.

Kelestarian Kewangan adalah antara perkara yang diberi penekanan oleh Tuan Haji Sanip dalam ucapannya. Dua strategi yang digariskan oleh beliau dalam mencapai Kelestarian Kewangan universiti ialah :

  1. Penjimatan kos
  2. Penjanaan Pendapatan.

Sebelum mengakhiri ucapan beliau, Tuan Haji Sanip telah menyenaraikan beberapa isu audit bagi perkongsian bersama dengan warga UiTM. Ini diharap akan menjadi panduan kepada semua pihak dalam meningkatkan kredibiliti pengurusan kewangan universiti pada masa akan datang.