31 Mac 2017 - Penyerahan tugas daripada Jawatankuasa Kelab Kebajikan Pejabat Bendahari terdahulu kepada peneraju baharu yang dijalankan di Bilik Mesyuarat, Jabatan Pengurusan Perolehan dan Aset, Pejabat Bendahari UiTM.

Dalam program penyerahan tugas, fail berkenaan kebajikan dan pengurusan akaun kelab diserahkan kepada pegawai baharu yang telah dilantik iaitu daripada En. Amirul Hafiz Bakri kepada En. Mohd Zaki Ahmad Zabidi (Bendahari KKPB) dan Pn. Norlela Kamarudin kepada Pn. Jubina Ramli (Biro Kebajikan KKPB). Dalam program ini juga telah dihadiri hampir semua Jawatankuasa Kelab Kebajikan Pejabat Bendahari yang baharu.