6 Mei 2017 - Pejabat Bendahari UiTM telah menyertai Karnival Sukan Jabatan Bendahari UA 2017 Siri 2. Karnival sukan ini juga turut disertai beberapa UA seperti UKM, PPUKM, UiTM, UPM & UIA.


Antara acara sukan yang dipertandingkan adalah Futsal, Badminton & Bola Jaring. Pejabat Bendahari UiTM telah menghantar 2 Pasukan Futsal yang disertai 7 orang pemain bagi setiap pasukan, 1 Pasukan Bola Jaring yang disertai 10 orang pemain dan 1 Kumpulan acara Badminton yang disertai Perseorang lelaki dan perempuan, bergu lelalki dan perempuan, bergu campuran dan 2 pemain simpanan. Dalam acara yang dipertandingkan kontigen Pejabat Bendahari UiTM telah meraih Pingat Emas (Johan) dalam semua acara yang dipertandingkan dan mendapat satu Pingat Perak (Naib Johan) bagi acara Futsal yang telah disertai Pejabat Bendahari A. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua staf Pejabat Bendahari UiTM yang terlibat menyertai sebagai kontigen Pejabat Bendahari UiTM kerana mendapat Juara Keseluruhan pada temasya Karnival Sukan Jabatan Bendahari UA 2017.

Klik disini untuk Gambar Aktiviti dan Program - Ruangan Facebook