Surat edaran dari Bahagian Saraan dan Kemudahan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar bertarikh 03 Disember 2020
Kepada Staf Pejabat Bendahari yang ingin mengekalkan caruman syer pekerja pada kadar 11% diminta untuk mengisi Borang KWSP 17A (Khas 2021) di Bahagian (B) maklumat ahli / pekerja dan dihantar kepada Jabatan Dasar & Kewangan Ibu Pejabat, Pejabat Bendahari (JDKIP) sebelum atau pada 24 Disember 2020 (Khamis).
Sekiranya tiada maklumbalas selepas 31 Disember 2020, kadar caruman pekerja ini akan dikurangkan kepada 9% dalam tempoh Januari 2021 sehingga Disember 2021.
Kepada Staf UiTM, sila rujuk dengan Bahagian Pentadbiran Jabatan masing-masing.
Sila klik:
Surat edaran (Bahagian Saraan dan Kemudahan, Jabatan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar)
Borang Notis Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun (Syer Pekerja)