Galeri

13 April 2017 - Program Kercergasan Pejabat Bendahari Bil. 1/2017 di adakan di Perkarangan Parkir, Jabatan Pengurusan Perolehan & Aset, Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam. Progam ini dihadiri oleh Bendahari sendiri iaitu Dr. Hj. Mohd Anuar Mazuki, juga dihadiri Ketua-Ketua Timbalan Bendahari, Ketua-Ketua Jabatan, Cawangan dan Zon dan juga Staf-Staf Pejabat Bendahari di Shah Alam dan Cawangan Selangor (Puncak Perdana, Puncak Alam dan Sungai Buloh).

31 Mac 2017 - Penyerahan tugas daripada Jawatankuasa Kelab Kebajikan Pejabat Bendahari terdahulu kepada peneraju baharu yang dijalankan di Bilik Mesyuarat, Jabatan Pengurusan Perolehan dan Aset, Pejabat Bendahari UiTM.
28 Februari 2017 - Bengkel fotografi "Enjoy Photography" anjuran Kelab Kebajikan Pejabat Bendahari ini telah di adakan di Dewan Seminar OIA, UiTM Shah Alam yang dihadiri oleh seramai 25 orang staf Pejabat Bendahari dan juga ahli Kelab Kebajikan Pejabat Bendahari. Pembelajaran dan pengenalan asas telah diterapkan kepada peserta berkenaan teknik dan cara-cara mengambil gambar oleh Penceramah luar iaitu En. Din Arshad.

16 Februari 2017 - Taklimat e-Bidding ini telah diadakan di Bilik Latihan 1, Jabatan Pengurusan Perolehan dan Aset, Pejabat Bendahari UiTM. Taklimat ini telah dihadiri oleh calon-calon pembekal / vendor yang telah disenarai pendek.

Tujuan taklimat ini adalah untuk memberi panduan dan tatacara kepada pembekal atau vendor dalam menggunakan sistem e-bidding fine-procurement. Taklimat ini telah disampaikan oleh Pn. Sumasni Sulaiman dan En. Mohd Zaffur Azahar Nazri sabagai Penolong Bendahari Kanan, Jabatan Pengurusan Perolehan dan Aset.


6 Mac 2017 - Tahniah & Syabas kepada En. Mohd Zaffur Bin Azahar Nazri dari Jabatan Pengurusan Perolehean & Aset, Pn. Hazwani Binti Ab Hamid dari Jabatan Pengurusan Kewangan Pembangunan & Fasiliti berkenaan kenaikan pangkat sebagai Penolong Bendahari Kanan W44.


22 Februari 2017 - Syabas dan Tahniah kepada peserta yang mewakili Pejabat Bendahari UiTM atau yang mengelar diri kumpulan mereka 'The Breakfast Club', yang telah mendapat tempat ke-4 memenangi tiket penerbangan ke Negeri Kelantan bagi Program UiTM Ultimate Race 2017 yang diadakan pada 18 Februari 2017 di Cahaya SPK, Puncak Perdana.

Manakala bagi penyertaan Kumpulan Pejabat Bendahari A mendapat tempat ke-11 dan Pejabat Bendahari B telah mendapat tempat ke-15.

Tahniah dan Syabas kepada semua staf Pejabat Bendahari dan jabatan -jabatan lain yang telah terlibat dan menyertai program ini bagi mewakili Pejabat Bendahari.


23 Januari 2017 - Perutusan Pentadbiran 2017 telah diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM. Hampir sebilangan besar staf Pejabat Bendahari di setiap semua gred telah menghadirkan diri ke majlis perutusan.

Selaku Bendahari UiTM, Dr. Mohd Anuar Mazuki turut menyampaikan amanatnya bagi tahun 2017. Untuk pautan amanat bagi tahun 2017, sila klik disini.