28 Februari 2017 - Bengkel fotografi "Enjoy Photography" anjuran Kelab Kebajikan Pejabat Bendahari ini telah di adakan di Dewan Seminar OIA, UiTM Shah Alam yang dihadiri oleh seramai 25 orang staf Pejabat Bendahari dan juga ahli Kelab Kebajikan Pejabat Bendahari. Pembelajaran dan pengenalan asas telah diterapkan kepada peserta berkenaan teknik dan cara-cara mengambil gambar oleh Penceramah luar iaitu En. Din Arshad.