22 Februari 2017 - Syabas dan Tahniah kepada peserta yang mewakili Pejabat Bendahari UiTM atau yang mengelar diri kumpulan mereka 'The Breakfast Club', yang telah mendapat tempat ke-4 memenangi tiket penerbangan ke Negeri Kelantan bagi Program UiTM Ultimate Race 2017 yang diadakan pada 18 Februari 2017 di Cahaya SPK, Puncak Perdana.

Manakala bagi penyertaan Kumpulan Pejabat Bendahari A mendapat tempat ke-11 dan Pejabat Bendahari B telah mendapat tempat ke-15.

Tahniah dan Syabas kepada semua staf Pejabat Bendahari dan jabatan -jabatan lain yang telah terlibat dan menyertai program ini bagi mewakili Pejabat Bendahari.