13 April 2017 - Program Kercergasan Pejabat Bendahari Bil. 1/2017 di adakan di Perkarangan Parkir, Jabatan Pengurusan Perolehan & Aset, Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam. Progam ini dihadiri oleh Bendahari sendiri iaitu Dr. Hj. Mohd Anuar Mazuki, juga dihadiri Ketua-Ketua Timbalan Bendahari, Ketua-Ketua Jabatan, Cawangan dan Zon dan juga Staf-Staf Pejabat Bendahari di Shah Alam dan Cawangan Selangor (Puncak Perdana, Puncak Alam dan Sungai Buloh).

Program kecergasan pada tahun 2017 ini, memberi sedikit perbezaan dari aspek aktiviti yang dijalankan. Jika sebelum ini program kecergasan diadakan hanya aktiviti senamrobik dan zumba, tetapi kelainan pada kali ini aktiviti yang dijalankan adalah BrisWalk iaitu berjalan kaki sejauh 1.2km bersamaan 3000 langkah. Aktiviti sukaneka juga turut diadakan selepas program BrisWalk. Antara sukaneka yang dijalankan lebih kepada cabaran minda dan kecekapan staf dalam mengendalikan peralatan bola dan 'hola hoop'. Jika mengikut perkiraan langkah yang digunakan keseluruhan adalah melebihi 5000 langkah.

Dengan kehadiran staf melebihi 150 orang dalam program ini selain daripada memberi kecergasan dan kesihatan untuk staf, mereka juga turut dapat mengeratkan persaudaraan dan silaturahim diantara kalangan staf di Pejabat Bendahari. Kepada staf yang menerima hadiah cabutan bertuah diucapkan tahniah dan kepada yang tidak menerima cabutan bertuah diharap jangan berputus asa ini kerana program kecergasan akan datang masih menawarkan hadiah- hadiah cabutan bertuah yang istimewa. Dalam acara ini, sumbangan adalah daripada semua Staf Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam dan Cawangan Selangor.

Klik disini untuk Gambar Aktiviti dan Program