28 April 2017 - Pejabat Bendahari UiTM telah mengadakan lawatan ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia di Cawangan Selangor bagi membuat Penandaarasan Perolehan Secara Elektronik. Progam lawatan ini disertai seramai 6 orang staf wakil dari Pejabat Bendahari UiTM dan diketuai oleh Ketua Timbalan Bendahari iaitu Pn. Hjh. Azmahton Dato' Hj. Seroji, juga dihadiri En. Amirul Hafiz Bakri (Timbalan Bendahari Kanan), En. Mohd Khairul Izwan Mohd J Makir (Penolong Bendahari Kanan), En. Ibrahim Fadzly Harun (Penolong Bendahari), En. Amin Safuan Mohammad (Penolong Bendahari) dan En. Mohd Rafidi Mohd Saman (Penolong Akauntan).

     Tujuan lawatan ini diadakan, untuk membuat sedikit penambahbaikan dan memantap sistem yang sedia ada dan sedang dibangunkan di Pejabat Bendahari UiTM. Dengan sedikit masa yang diperuntukan sesi perkongsian ini dapat membuat sedikit perbandingan dan perbezaan dimana ada kaedah yang dapat digunakan dan praktikkan di UiTM. 

     Ucapan jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat dan semua staf di Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Selangor kerana memberi peluang kepada kami untuk menerima kunjungan daripada pihak Pejabat Bendahari UiTM.

Klik disini untuk Gambar Aktiviti dan Program